Sunday 29 December 2013

Yeayy dah nak exam for semester 5....



Exam just around the corner, Arghhh seteghesssss.
Nasib dah sem 5 sekarang, Bersabarrrrrr byla sabar. hihi.
Ada 6 subjek for this semester yuoallss. Tinggal lagi dua semester aje nak habis.
Pastu teacher to be, InsyaAllah 

Banyak dugaan semester ni, macam macam, haish,  SABAR  jela kan,
sabar tu penting, Pape pun subjek semester 5 ni berat + susah pulak tu,
2.1.2014 dah mule exam, gemento gemento ghaso ea ha, bedoba laie haha.
Takut pulak nak jawabnyea mase exam nanti.Takpe study hard hard jela ek, 
Study guna soalan past semester aje sonang, pape pun wish me luck guys.

okaylah Good Luck for final exam semester 5  
to Diploma Early Childhood Education under UNITAR :)

Saturday 28 December 2013

Aku Mau Itu...


aku mau melingkar di juntaian bintang,
aku mau terbang ke gelang bulan,
aku mau menembus di kerahan bumi,
aku mau tewas di tapak tanganmu.

aku mau yang itu itu,
kerna yang ada ini tak pernah terpuaskan.

aku mau hati ini mengerti,
kau bukan milik aku.

yang aku harus terima,
seperti tewasnya aku pada semua yang aku tak gamit di tangan,
juntai bintang itu,
gelang bulan itu,
kerahan bumi itu,
seolah itu.

Friday 27 December 2013

Apa mungkin



apa mungkin kau terus menjadi bulan?
apa mungkin kau jadi bintang satu?
andai tertempang kaki, terlumpuh badan.
mahukah kau menongkat langit aku?


yang terzahir adalah cermin dusta, sayang
yang tertulis belum terpalit nista, kasih
haruskah kau berlari dan menghindar bayang?
haruskah kau mengkelabukan pelangi putih?


jiwa, bantu aku terus mempasak hati
dunia, isikan aku dengan pujian Ilahi
aku tewas lagi di kaki cinta
aku luluh dimamah usia
aku jatuh di mata dia.


kasih, teruskan aja kau di sisi
kerna sudah lama aku sendiri
berkat doa, kitakan berdiri sama tinggi
berdepang tangan, memeluk pelangi




Thursday 26 December 2013

Kembali


Setelah sekian lama terpisah,
masing masing membawa haluan sendiri,

Sekarang engkau kembali lagi,
untuk memulihkan semuanya,
hampir dua tahun kita dengan haluan hidup sendiri,

kini,
aku, kau jaga seperti dahulu,
ketika aku berumur 15 tahun,
kau datang dalam hidup aku,
pada tika itu aku masih kebudak-budakan lagi,
sekarang masing-masing dah boleh faham,
apa yang aku harapkan semoga kau boleh
terus pimpin aku .
maafkan aku dengan setiap sikap aku,
dan kata-kataku
yang membuatkan kau sering rasa sakit hati waktu dulu.

*semoga kali ini kita matang dalam setiap patah bicara
dalam soal hati*

Sunday 1 December 2013

Playlist # 2


Hai semua, nampaknye dah masuk bulan December kan. Bulan teakhir tahun 2013.
Banyak sangat kenangan bulan November, Dan banyak sangat cerita yang aku nak cerita tapi tak dapat dapat. Bizi tak de mase. Bizi dengan Test, Esaimen and x lama lagi nak final dah hihi.
Semoga aku ada sedikit kekuatan untuk menempuh dugaan yang  mendatang .
Semoga hati kecil ini tabah. Doakan aku untuk final hujung bulan ni.
Sebenarnye banyak nak update tapi tak ada masa. Nantilah bile ada masa aku 
update ok. Banyak sebebnarnye yang aku nak cerita dalam blog ni .
K lah gtg bye.

*wishmeluckguys

Thursday 7 November 2013

Permudahkanlah

Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku untuk semester 5 ini.
Jauhkan lah aku dari sebarang benda yang tidak baik.
Kekalkanlah hubungan aku bersama teman teman rapatku untuk menimba ilmu.

Jauhkanlah segala hasad dengki antara aku dengan teman teman yang lain .
Semoga semester ni pointer kami lebih baik dari sebelum sebelum ni,,
amin--

Wednesday 6 November 2013

Pejam

Bila aku pejamkan mata,
gelap,
bila aku buka mata
terang benderang,

Kalau jiwa pejam
macam mana?
Kalau hati pun pejam
bagaimana rasanya.

Apakah semua nya gelap jugak?
terfikir sejenak.
bagaimana rasanya hati orang lain bila di sakiti
dan terus terusan disakiti.
Kejam ke manusia yang menyakiti itu?

Dan, ye aku pernah rasa--
disakiti,
sebab dulu aku pernah menyakiti seseorang yang yang sangat setia bagiku.
Dan aku rasa sampai sekarang mungkin die setia pada cinta dia yang dulu.
Tapi aku rasa takut,
takut untuk menyakitinya lagi.
Dan sebab itu aku tak sanggup
untuk menerima dia kembali dalam hidupku,
dan aku tak yakin dan juga
bimbang perkara lama akan berulang.

Biarlah aku sendiri
sampai masa menentukan siapa yang menjadi bakal imamku
suatu hari nanti. :)

Hidup

saat putus asa melingkupiku,
aku memilih tetap maju,

saat tidak faham maksud Tuhan,
aku memilih tetap percaya,

saat tertekan oleh banyaknya kekecewaan,
aku memilih tetap bersyukur,

saat semua jalan hidupku berantakan,
aku memilih berserah,

saat banyak orang menyakiti,
aku lebih memilih mengampuni,

saat semua orang mementingkan diri sendiri
aku lebih memilih peduli

walau saat apakah hidupmu sekarang ini,
pilihlah untuk positif

hidup ini satu pilihan.

The Woman's Guide to Love & Lasting Relationships




1- Find a man who makes you lough.

2-Find a man who has a good job and cook.

3-Find a man who is honest.

4-Find a man who will pamper you and give you gifts.

5-Find a man who is awesome in the bedroom.

6-Most of all . It is very important that these five men never meet.

Monday 4 November 2013

Rasa

Aku rasa aku cukup bahagia,
mungkin kau yang tidak cukup rasa bahagia kan,
Apakah kau cukup rasa diri itu sudah sempurna?
Manusia, tiada satu pun yang sempurna
melainkan diri sendiri yang buat sesuatu 
itu dengan yang baik dan terbaik,

Aku rasa aku bersyukur dengan 
apa yang aku ada sekarang ni,
tuhan titipkan aku seorang mak yang 
baik, tabah, memahami anak anaknya, 
biarpun aku dan adik beradik ku 
kekadang buat kesilapan.

KAU
kenal ke aku?
kau tahu aku macam mana?
tidak--
cuma orang orang yang terdekat yang memahami 
aku,
rasa hati aku,
dan perangai aku.

Tolong--
jangan suka suka membuat cerita
tentang aku, tentang diri aku.
SEBAB--
Kau tak kenal aku .

Sunday 3 November 2013

Tuliskan





Tuliskan rancanganmu dengan pensil kemudian
serahkan pemadamnya kepada Allah SWT.
Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu
dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik.

Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.
Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka.
Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita,
 hambaNya yang beriman.

Friday 1 November 2013

Kau? Siapa?

Ouh dah November rupanya,
aku ingatkan masih lagi oktober,

Ada satu cerita,
yang aku nak sampaikan,
cerita die macam ni --
Ada seorang perempuan ni,
die fikir aku hamak sangat nak boyfriend die.
adoii kalau aku ni kaki maki dah lame aku maki kau lah.

Tu baru membe membe aku je add kau kat laman sosial yang agak sial tu,
Pakkal je aku x de bende bende tu semua,
hak alamak. aku tak hairan pun lah nak kat die,lagipun die dengan aku kejap je, tak lame.
kau ingat aku batak sangat.
please lah,

jadi manusia biar otak tu Refresh siket,
adoi, aku yang nak masuk umur 20 tahun ni pun x suke nak mengadu domba perhatian orang,
aku tak suka simpati orang,
sebab aku memang dah biasa .
yang add kau membe aku,
pastu kau tetiba chat diorang cakap macam-macam dah kenapa?
padahal kiteorang rilek je,
Asal tak boleh nak berkawan ke--*bak kate membe aku, kawan pun salah hahaha kelakar weii.*

Eh kau duduk corok mane ek?
haha kelakar gile *geleng kepala*

hrmm apakan daya kalau orang dah mintak maaf, kau siapa tak maafkan,
Tuhan?? Fikir lah .
Tak pelah, semoga kau orang kekal abadioss--
jangan jadi perempuan bodoh nak bergaduh dengan kaum sendiri just untuk seorang lelaki yang belum tentu menjadi suami--

And one more thing, aku pun ade cita cita aku sendiri,
aku kejar cita- cita aku,
aku takkan kejar lelaki, sebab apa?
sebab aku yakin yang aku ni mampu hidup sendiri,
bangun jatuh aku yang tentukan,
memang semua oang tak sempurna, tapi kita sendiri yang kene sempurnakan diri kita betul tak?

haha dah lah malas aku nak taip pepanjang, kau tak faham ape yang aku cube sampaikan,
anyway semoga bulan November ni menjadi bulan paling istimewa dalam hidup aku
amin~~ :*





Tuesday 29 October 2013

Playlist # 1




somebody and i don't know who's him --
pagi pagi ni terjaga entah kenapa entah, mata belah kanan atas asik denyut denyut je.
ko tahu tak kenapa?
entah aku pun tak tahu.
ko pernah rasa sakit?
sakit ape?
sakit hati .
sakit hati yang macam mane tu?
entah malas nak jawab yang macam mane,tpi sakit lah jugak kene tikam haritu.

*ko tahu ape aku cube sampaikan ?*

semoga........

Kalau tak mampu mencintai,
jangan pernah sentuh hati seseorang..

Kalau tak mampu setia,
jangan pernah mengukir janji...

Kalau tak mampu menggenggam hubungan,
jangan pernah beri harapan...

Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti,
terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan--

semoga tabah kepada orang orang yang kecewa sebab cinta :/

Saturday 26 October 2013

Loser

Akhirnyaa
aku dah tewas,
hubungan,
cinta,
dan semua yang aku rasa pernah gembira dulu
hilang sekelip mata.

Orang yang betul betul nak aku ,
aku tolak,
tolak,
dan tolak.

Ahhhh
mungkin aku dah buta
bodoh,
tuli,
pekak,
dan sewaktu dengannya.

ape yang kau cari cari dalam hidup kau byla--
kata kawan aku--

entah aku rasa aku dah terlepas pandang.~


Akulah gadis bodoh sekali dalam dunia .
SEKIAN--




Monday 21 October 2013

being fooled by loved

Seronok hancur lumatkan
Hati aku yang sedia retak?

Terima kasih.
Kerana torehkan memori celaka
Dalam hidup aku.

Dunia dimensi sudah kosong
Aku hilang daya berdiri
Mati.

"Trust is like a glass,once broken it will never be the same again.
did you know what i mean?hrmm wtever la. 

Sunday 20 October 2013

tentang....

Mulanya..
Aku ingin bersama-sama nya,
ketika tunas ini tumbuh,
serupa tubuh yang mengakar,

setiap nafas yang terhembus,
adalah kata,
anganmu,suara,dan emosi,
bersatu dalam dubah
terpautan,

tangan kita terikat,
lidah kita menyatu,
maka setiap apa terucap
adalah sabda pelita anganku,

berehat di pasir,
lalu debu, hanya angin meniup saja.
lalu tebang tidak ada,

tapi kita tetap menari,
menari ..
hanya kita yang tahu,

Jiwa ini tandus,
maka duduk saja,
dan akan kita bawa,

semua kerana
kita adalah satu...

Saturday 19 October 2013

Try and Error










Hope and faith.
Karma and revenge.
Bitter or sweet.
Chances and forgiveness.

It might be both as it might be true. The truth is ugly. The reality is funny. I'm being too nice in this cruel life. Tarik nafas lepas.hrmmmmm. Mungkin  orang yang kita suka mungkin tak suka kita, tapi orang yang suka kita mungkin boleh jaga kita. So now I'd like to give myself permission to be loved.


"You have to kiss many toads and frogs to find your prince charming"

Friday 18 October 2013

Dengki

Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.

Kadang-kadang kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka satu tika dulu, tak perlulah terus-terusan. Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak kongsi. Semua nak beri. Eh dah bila tak berkawan, dikatanya mencuri.

Kau kaya, aku miskin, kau masih dengki,
Kau wangi, aku busuk, kau masih dengki.
Kau cantik, aku buruk, kau masih dengki.
Kau bijak, aku bodoh pun kau masih dengki.

Kalau ada segalanya dalam dunia kenapa masih dengki?

Mungkin cermin tu dah ada. Cuma tak cukup besar.
Sebab badan lagi besar dari cermin gamaknya.

Maka sedar diri --

Thursday 17 October 2013

Lepas

Sederhana, tanpa cuba.

Senyum, ibarat semua masalah terhumban dalam neraka.
Satu senyum yang buat seluruh gundah hilang serta merta.
Senyum is one of good deeds you know.
Grab the moment, not the person.

Cinta tu kan melepaskan?

I am a fire. All I need is a plain water.
Aku suka cara kita yang begini,
 tetaplah, jangan pergi.

Wednesday 16 October 2013

sempurnakah....

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik,
Itu bukan pilihan
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

dengan cara yang sempurna--

Salam AidilAdha yg semalam.....

Salam Aidil Adha buat semua umat islam.
Semoga amalan dan pengorbanan yang kita
 lakukan selama ini di berkati oleh Allah S.W.T. Amin

mohon maaf jika ada salah dan silapku selama ini :)

Tuesday 15 October 2013

22 Ciri orang yang Mencintai Kamu..

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terhensem walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.(boyot)

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’mornink mucukk’, ’have fun’, ’nite ayang’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, krn dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”. 

6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, krna saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. krn saat bersamamu tidak selalu terulang.

7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. krn dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia suka.

9.Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu .krna dia WORRIED tentang kamu, peduli tentang kamu. 

10. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

11. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia sdng memikirkn topik utk bcakap lbh lma dgn kamu

12.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 

13.Jika suatu saat kamu harus OUTSTATION ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu jgn NOTY yg mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar- benar takut kehilangan kamu. 

14. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti WIFE daripada seperti seorang kekasih. 

15. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang merimaskan, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf "im sori if I miss u" 

17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira krna dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu. 

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan rokok-rokok kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya

19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.(its hurt me so much)

20.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu krn sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 

21. Orang mcintai kamu,sebolehnya x mahu membebani kamu walau hatinya meronta ingin bsama kamu,Disaat kau pinta dia pergi,dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu krn die benar2 mengerti apa itu cinta.

22.Dan org yg mncintai kamu tiada yg lain selain aku..

Wednesday 9 October 2013

Tak Terbanding

Mentari yang terbenam itu berkecil hati sama engkau
pelangi di remang hujan juga menunduk wajahnya segan
rangup dedaun di rimba semakin menjadi sangat lemau
bayu gemalai yang harus berinang sudah reti mengenggam.

Sayap kejora langsung tidak mengindahkan malam likat
ciuman air kali terasa sangat biasa-biasa dan hambar
paruh siulan cakrawala menjadi bunyi yang begitu sarat
kejelitaan alam kini sekadar satu biasan,satu gambar.

Mereka sedang malu kerana terpandang ketepatan rasa ini
yang cuba dipupuk dengan wujudnya setiap mereka itu
kerana cukup sekadar mata yang memandangku suci
tak terbanding sempurnanya sama rasa yang kau beri aku.

selamat malam wahai hati suci~~

Saturday 28 September 2013

Aku sedang mematikan hati.

nyaris reput ia,
sudah hampir kepunahan.
berkecamuk rasa jiwa.
tak kalih menahan.

berbaris soal tercipta,
tertitah langsung keporakan.
mau dibunuh segala.
biar tak berhati si badan.

sudah pun bernyanyi sepi.
aku bisa rasa girang.
aku sedang mematikan hati.
lalu kau datang.

Monday 16 September 2013

Selamat datang semester yg ke 5.

sem lepas :)

Tengah hari nanti aku pulang ke melaka. 
bermakna...
masuklah semester yang ke 5.sekejap masa berlalu,
rasa macam baru semalam aku masuk belajar.
semoga semester baru ni aku akan lebih fokus*harap harap la :D

Oh sebenarnye, malam ni tiba tiba hati jadi sebak,
aku tak tahu kenapa rasa sedih semua ada, 
tolonglah jangan datang lagi wahai sang kesedihan, 
perit rasanya, 
Aku kene sedar semua ini hanya ujian yang sementara,
banyak lagi yang mahu aku capai,
cita-citaku~~




with zieqa :)

with nana :)

with qiela :)

smile*

*xoxo*

Semoga persahabatan ni kekal
Wahai hati, kekalkan perasaan mereka bersama dengan yang tersayang,
bersama pasangan mereka masing-masing.
pesanan ni buat teman-temanku yang sedang bahagia, semoga kekal bahagianya.


Selamat malam,
buat si pemendam rasa,
yang menunggu masa,
walau tak dibalas,
tapi tak pernah putus asa~~

Sunday 15 September 2013

Embrassed .

Kau masih berpaut pada jarinya,
sedang aku mengendong jiwamu,
ketika aku memahat namamu.

Kau masih terpateri pada matanya,
sedang aku memerap cintaku,
ketika aku mencanting pujaku.

Kau masih bertaut pada hatinya
sedang aku membakar nyawaku,
ketika aku menerang gelitamu.

Aku masih berharap pada yang tiada,
sedang engkau menadah kasihnya,
ketika engkau menjaja padanya.

memalukan..
cukup memalukan.

If you are in this situation, siapa yang memalukan: kamu yang menunggu, si dia yang buta dan tidak sedar betapa besarnya jiwa kamu ~~


ada apa dengan masa lalu

baru kusedar betapa payahnya menjadi orang,
untuk mengenali isi hati sesorang,
bukan mudah.

bukan sekadar ayat yang mampu menyenangkan hatinya,
tapi juga perasaannya,
bila mana jiwa nya seperti tiada,

jangan lah di sebut tentang masa lalunya,
mungkin payah untuk dia melupakannya,
seperti diri kita,

susah nak lupakan orang orang yang pernah bertahkta di hati kita,
orang yang pernah menjaga hati kita ,
tapi, dengan cepat itu semua hancur,
bilamana terlalu banyak kenangan yang tak mampu dilupakan

walaupun kita ada kehidupan baru,
kekadang kenangan lalu bermain di fikiran,
tetapi cuma
sekejap..

mungkin terlalu susah untuk kau lupakan masa lalu kau, senyumlah dan buka hatimu supaya dapat menerima apa yang telah berlalu, for someone who always remember his past life.~~


meskipun walau

apalah makna,
apalah erti

meski tangan merangkul bayu dermaga,
walau mata mencium kaki langit di sini,

andai kau tiada,
andai kau mengerti.

just realized,sometime,in short words, i said everthing~~


Sunday 1 September 2013

Pesan buat si gadis ranap ..

terhinggar gelak kejam malam,
lalu kau berlari mencari selimut,
kekehnya terlalu menghiris tajam,
dan kau terjerit-jerit mahu kabut.

sang bintang sedang mengunyahmu,
kau melaung pedih mengharap belas,
bulan juga sudah mengasah kuku,
hendak meratah jiwa kamu yang keras.

kuat apa lagi,hei anak yang tongong?
takkan faham semesta ini,cinta kamu,
sudah-sudahlah bertopeng duyung,
engkau kerapu hodoh yang tak dimahu.


selamat tidur, sang gadis.
semoga esok kau tidak bangit.



berapa lama mahu ranap?

Friday 30 August 2013

kalaulah.....

kalaulah,
bisa ku cincang hati,
agar mampu ku tebarkan ke angin,
memberi cinta pada sang sepi.

kalaulah,
bisa ku rautkan jiwa,
agar mampu,melentur ke arah kita
memberi kudrat pada sang keliru,

kalaulah,
bisa ku sembunyi kamu,
agar mampu kau bisikkan sakti di telinga,
memberi azam pada sang tewas,

kalaulah,
jiwa aku belum di beli orang.

maka aku milik kamu..

Friday 24 May 2013

Mood Exam sem 3 .

Hi pekabo semua ;)

Sbenarnyea sekarang byla tengah mood final exam semester 3. hehe. hrmm exam exam ni la batok la selsema, sakit kepala semua ade. nak buat camne saba jela. huhu. untuk semester 3 ni, semua ade 6 subjek. perghhh pecah otak jawab. susah ade senang pon ade. --'' nak menangis pon ade mase jawab exam tuh. huhu.
dah lah semangat pon macam ade tak de je sekarang. haha whatever la. --''
malas nak pikir masalah yang macam zzzzzzzzzzzzz.

this is my slip exam oke -_-

Tinggal lagi due paper je,pastu dah boleh suke suke hiwhiwhiw.
 wish me luck guys :-*  kbyeeee. tc.

Tuesday 30 April 2013

Luka

Hi semua :)
saye x lame lagi nak final exam dah untuk sem 3 *_*

Rindu dekat blog ni, huhu lame betol aku x update, hrmm kat umah sewa kat melaka tu bukan ade wifi. kalau on9 pon kadang kadang gune zieqa punye beruk band yang kadang kadang ade laju ade lambat macam kure kure haha. Ape lah. ehh . hrmmm

Siryes bosan sangat sangat bile x on9 haha. aptb. kaki on9 betol eh? Whatever. 
Sebenarnyeeeeekannnn,,,,,,,
Banyak betul dugaan datang sekarang. Sebabnye dengan assignment yang maha agung, banyak sangat-sangat. Tapi alhamdulillah dah hantar tinggal sikit je yang belum hantar lagi, lagipon hujung bulan 5 nanti dah final exam dah pun. Study? hrmm jangan cakap la, belum mule lagi. Insya Allah pasni nak mule study , ehh. hahaha semoga dapat buat yang terbaik kali ni. 

Bulan empat adalah bulan yang menyedihkan sebenarnye, nak tahu sebab ape? hati . 
Hati terluka bagai di siat siat dengan rakus . Kecewa? entah lah, tak kot, tapi terkilan sebab rase di permainkan . hrmm semua orang ade kisah silam sendiri, baik atau buruk seseorang tu semua boleh berubah. tak semestinye jahat akan selama-lamanye jahat kan. Bile dah janji tapi tak tunaikan, kalau dulu beria kata nak betol betol bile dah betol betol, hampeh yang dapat. hahaha lawak betol hidop . 
Selera makan aku yang hari tu hilang dah ade dah sekarang thanks to bebeh a.k.a awek awek kat melaka sane kerana always buat lawak. hahaha .

Ok lah nak siapkan assignment yang terbantut ni ha.  take care semua !
love uuuuu . muahhhh :-* xoxo 

Monday 15 April 2013

Assalamualaikum semua :)

hrmm rasenye dah lame tak update blog ni, rindunye hehe.
untuk pengetahuan korang , sekarang byla rase sangat tension, hrmm entahlah banyak bende  di fikirkan dengan assignment yg menimbun lagi. Hehehe semangat pun sedikit demi sedikit hilang.
Tak tahulah kenapa, banyak betul bende yang berlaku sekarang. -_-

Sekarang pun hati cepat je nak terasa, bile time malam tengok fone pastu menangis. Kenapa lah lemah sngat sekarang ni. Nasib baik ade kawan kawan yang memahami and selalu nasihat macam macam. Tq to mereka hehe .

daripada musuh dulu skrg siapa sangka jadi kawan baik <3
semoga persahabatan kami kekal amin~hehehe :D

Dan lagi satu byla sebenarnya dah sayangkan seseorang , tapiiii. hrmmm ntah la . k la byeee :(

Sunday 3 February 2013

Entry tanpa tajuk #part two

Muka Kerek. ooo tak nak balik kolej . =,=

Seriously aku cuma nak bagi tahu yang ahad , ouh sekarang lah ahad aku akan pulang ke melaka .
Terasa malassssssssssssssssssssss sangat nak balik, tapi apakan daya 4/2 ni aku kena daftar untuk Semester 3.
Mungkin aku tak duduk hostel lagi, dah la mahal nak mamppppp oooooo . baik duduk rumah sewa, so kawan aku dah carikan rumah sewa. 
Mungkin duduk rumah sewa I think. kut laa.  Alang -alang nak balik melaka , aku rasa selera makan macam dah kurang opppss! Sejak akhir akhir ni je la . Masa duduk umah besssssssssssss sangattttttttttt sangatttttttt ! Yela kurang tekanan . Bila kat melaka, segala tekanan naik. Macam macam tekanan ado. kahkahkah.

Mungkin pembawakan orang erk ? Selalu pembawakan budak, tapi sekarang pembawakan orang. Tekanan tekanan. Harap bila dah duduk rumah sewa tekanan tekanan yang tak kurang hebat penyakitnya tak ada, HARAPLAAAkannnnn .
Sebab bila munculnye tekanan, agak menyampah lah bila nak hadap ea. -_-

Bila on dekat twitter rasa menyampah update pasal nak balik kolej.haha dengan barang aku tak kemas lansung,  tak suka. ohok,ohok. Aku tak suka bila nak cakap, tulis, or ingat benda benda yang aku tak suka. tak tahu kenapa. tapi nasib baik lah kena bersabar tahun ni, dengan tahun depan je. lepas tu habis dah. 

Result semester dua yang baru keluar alhamdulillah mantain je macam result semester satu dulu, ingat kan naik lah pointer tapi, alhamdulillah sangat kira kena tingkatkan lagi lah untuk next sem :D . Tapi agak pelikss jugak dah la macam susah je masa jawab harituh, tapi bile dapat result haaaa. nasib laa oke semua subjek tak da yang kena repeat ke ape. kalau kena ooo masak hangussss. haha. Alhamdulillah sem lepas ni kena usaha banyak sikit, tak boleh main main. 
Ececehhhh. haha .

Opssss sebelum terlupa cuti semester sebulan ni, aku sukaaaaa sangat layan cerita Setia Hujung Nyawa tue. hihi.Yang pukul 7-8 malam tu isnin sampai khamis je cerita dia kat tv3. haaa tapi kadang kadang sakit hati jugak bile tengok. Dalam novel lain dia punye cerita, bile kat tv tak berapa bes sangat, sebab ada yang tak sama macam dalam novel tu pape pun terboikkkk. 

ni novel dia hehe <3 lagi bes novel  :)

layan oooo ;)
sweet hehe.. <3

hrmm penat aku nak taip,  k lah byee semuaaaaaaaaa. 
and lastly, selamat malam wahai dunia yang pelbagai ragam dan bermacam karenah manusia :)
chiawwwwwwwwwwww .~



Thursday 31 January 2013

Penghujung bulan sudah.


Hi semua. nampaknye diam tak diam sudah ke penghujung bulan dah ea. hehe.
Begitu sekejap masa berlalu.Rasanya baru lagi 1.1.2013. hehe. 

Hrmm semoga bulan dua akan datang ni harap harap bermakna, dan jangan lah ada ape ape yang berlaku lagi. Semak hati ni. haih . Semak dengan rata-rata manusia saling bercakap cakap dengan benda tak betulnye, . Ada jugak yang suka mendengar sesuatu cerita dari sebelah pihak, hah . Lepas tu salah kan pihak tu, Cuba lah dengar sesuatu cerita dari dua-dua pihak . Baru lah bagi pandangan, jangan terus nak bom sana bom sini. .

Kan ? kadang kadang adakalanya kita tak boleh nak percaya seratus peratus kat orang, kita tak tahu dia macam mana. 
Bila dah jadi sesuatu, haaaa keluar lah taring dia. hihi. And then masa tu jangan terkejut pulak ye. ;)

Hello Februari please be nice dengan sayeee hehe <3

Result semester dua dah nak keluar doakan byla ea. hehe. ajet ajet cuak jek. huhu.
Tapi berapa pun dapat kena redha jela. kan Tu jela kita mampu usaha kan hehe. 
And lagi satu byla rasa sangat tak sabar sabar tunggu hari yang bermakna bulan dua ni,  hehe <3

okelah bubyee semua senyum sokmo okayyy . 





Wednesday 30 January 2013

Hobi ohh hobi .


Masing masing punya hobi yang tersendiri kan.
Macam aku jugak, hobi aku tak lain tak bukan novel. Hrmm aku suka sangat sangat bila dapat baca novel. Almaklumlah bila dah membaca ni satu apa pun malas nak buat, orang bercakap pun buat tak tahu, hihi. kuwajak kan ! miahaha.
Aku mula suka novel sejak zaman skolah lagi, tapi x ingat lah pulak bile tuh. Tapi novel pertama yang aku baca SEHARUM KASIH. Bes sangat sangat novel ni. jom tengok sinopsis dia .=_=


Sinopsis : SEHARUM KASIH
ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

ni novel dia :D



HA !!!! bes kan bila baca sinopsis dia. Start baca novel ni lah, yang buatkan aku sukaaaaa sangat sangat dengan novel. 
So, cuti semester selama sebulan ni , aku habiskan masa kat rumah dengan novel, pasttu wajib ye BERFACEBOOK . TWITTER semua tuh. aku dengan tenet tak dapat dipisahkan wahahaha. -_- 

Penulis novel yang aku minat sangat  AISYA SOFEA, AINA EMIR, ANIS AYUNI , FAUZIAH ASHARI, AND ALIYA ANEESA . Novel semua tip top. hehe. jalan cerita semualah, yang paling penting tak membosankan. Siapa yang bukan jiwa or kaki novel tuh haaaa. cuba cuba la test baca. kalau tak bes jugak tak dapek den nolong ea. hihi .


SEE .HA ! RAMBANG MATA DGN NOVEL ni.  :D

oke lah nak bagitau ni je. kongsi cerita. kalau boosan baca sori ea. dah jarang dah update update blog sekarang. Almaklumlah buzy. oke boiiiiii hihi.

Thursday 10 January 2013

Cuti sebulan apo nak buek oii.

Salam semua. miss me?? haha yucks !


Nak bagi tahu sekarang aku tengah cuti semester dua selama sebulan. lebih kut. ape nak buat pun aku tak tahu. buat masa ni aku duduk rumah makan tido tengok tv. nak kerja tapi macam malas tapi kena jugak kerja hihi. 
Duduk rumah ni gembiraaaaaa sangatttt sangat kayy. 
Tak perlu fikir apa apa pun. x perlu.. itu yang sebaiknya. hati senang tak ada masalah masalah sial yang datang :)

Oh yes sabtu ni pergi bukit jelutung kat shah alam sebab pak sdare kawin.paklong aku sewa satu bas untuk family kiteorang alamklumlah dah lame tak pergi family holiday kan. hihi. jemput datang lah ek . hihi. 
Lupa pulak sebenarnye hati was was plus x percaya sebab ada orang tu diaaa. diaaaa. shuttt. k lah biarlah rahsia. nanti korang mesti  tahu . pape pun aku ucapkan selamat bercuti kepada classmate, and rakan rakan yang tengah cuti semester sekarang k. harap jaga diri., jangan makan hati. nak nak kepada orang orang yang stalker stalkaer tu. jangan stalker terlampau. nanti diri sendiri yang sakit hati macam ......... 

k lah nak chiawwww. byee lovely people. 





2013 coming !



Hi everyone .
nak bagi tahu sambutan new year aku tahun ni ok je. hihi. cuci mata tengok bunga api kembang kembang tu haha.sambut with tiga orang otak gila gila plus biul :D .
hrmm tahun baru ni mesti lah macam macam kita nak buat kan . azam pun baru , hati baru, orang baru erk?? zzzzzzzzzz -_-

Ape yang aku harapkan semoga tahun ni menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. harap harap la. hrm aku tanak sesedih lagi tahun nii. tolong buatkan aku hari hari gembira boleh tak ? haha
semoga tahun ni aku nak menjadi gadis yang ehem ehem.pilihan ramai .puihh lah nabilaa oii. haha. jgn buad lawak lah.
with gilr loveeee

Yang penting sekali kita smpoi jelah ek .  . k byeeee.