Friday, 3 October 2014

Buat Ape Tu.

Hai semua, rasanya dah lamaa sangat byla tak update blog ni.
Ya Allah rindunya nak menaip huhu. Tapi apakan daya bizi yang teramat sangat.
Eceh. Dah macam mengalahkan PM plak haha.
Actually byla baru habis belajar. Alhamdulilah. Selama dua tahun setengah belajar dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Habis jugak. Huhu.
Lepasni sesi mencari kerja lah. Tapi kalau ade rezeki nak sambung lagi tapi tulakan.  PT NAK KENE BAYO. Haa camno tu jang. Hahaha. Tula kan belajar tapi pinjam pt. Huh gasak la ko nak bayo nye.

Bosan pun ade niha duduk rumah je. Yelas last haritu 5/9/2014 itulah last blajo n tamat praktikal. Nak cerita pasal praktikal nanti nanti lah huhu. Haish dah berapa lame den dok uma ni, Tanam anggur je haha. tAPI minggu depan dah mula kerja dah. Hehe. saje nak cari duit. Nak amek lesen niha. Adoi susa tak de lesen nikan. Nanti da ade lesen best la sikit. HUHU. Pape pun nanti kite sambung lagi okay. Tunggu entry ku yang seterusnya. Good Night. Muah xoxo

Sunday, 29 June 2014

Berpuasa .

Dia datang dalam hidup aku.
Dua tahun kami menyendiri dan tidak
berhubung antara satu sama lain.
Tahun ini pelik,
sebab dia ade balik dalam hidup aku.
Menceriakan hari hari aku.
dan untuk awak .


Terima Kasih--
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan--
Panjang umur kita raya sama-sama seperti dulu-dulu .


*seseorang2009*

Jatuh Gaung

Sabar boleh jadi benda yang paling payah.
Ada masa dia jadi benda--
yang kita dengar pun dah benci.
Tapi itulah satu-satu jaring yang pegang--
kita dari jatuh gaung.

Tak ada dia kita boleh mati.

Saturday, 1 March 2014

kan bagus

Kan bagus kalau aku ada itu,
kan bagus kalau aku dapat itu,
kan bagus kalau dia begitu,
kan bagus dia punya ciri itu.

Ahhhh tu semuaaa bukan alasan ,
alasan untuk tidak bersama,
alasan jika dia tetap menjadi diri dia,
itu aku suka ,
entah kenapa hati ni sering

berantakan.--

bila melihat foto mereka.

Wednesday, 26 February 2014

Sekarang

Aku rasa sekarang aku lega,
lega bila ada nya orang tersayang di sisi ,
lega bila semua aku luahkan pada dia.

Dia tahu apa perasaan aku,
cuma bagi aku masa untuk habis belajar,
dan sehingga lima tahun kemudiannya.

Aku rasa sekarang waktu aku
untuk berhempas pulas menghabiskan
sisa sisa belajar.

Awak tolong saya sekarang.