Sunday 1 September 2013

Pesan buat si gadis ranap ..

terhinggar gelak kejam malam,
lalu kau berlari mencari selimut,
kekehnya terlalu menghiris tajam,
dan kau terjerit-jerit mahu kabut.

sang bintang sedang mengunyahmu,
kau melaung pedih mengharap belas,
bulan juga sudah mengasah kuku,
hendak meratah jiwa kamu yang keras.

kuat apa lagi,hei anak yang tongong?
takkan faham semesta ini,cinta kamu,
sudah-sudahlah bertopeng duyung,
engkau kerapu hodoh yang tak dimahu.


selamat tidur, sang gadis.
semoga esok kau tidak bangit.



berapa lama mahu ranap?

No comments:

Post a Comment