Friday, 18 October 2013

Dengki

Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.

Kadang-kadang kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka satu tika dulu, tak perlulah terus-terusan. Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak kongsi. Semua nak beri. Eh dah bila tak berkawan, dikatanya mencuri.

Kau kaya, aku miskin, kau masih dengki,
Kau wangi, aku busuk, kau masih dengki.
Kau cantik, aku buruk, kau masih dengki.
Kau bijak, aku bodoh pun kau masih dengki.

Kalau ada segalanya dalam dunia kenapa masih dengki?

Mungkin cermin tu dah ada. Cuma tak cukup besar.
Sebab badan lagi besar dari cermin gamaknya.

Maka sedar diri --

No comments:

Post a Comment