Tuesday 29 October 2013

Playlist # 1




somebody and i don't know who's him --
pagi pagi ni terjaga entah kenapa entah, mata belah kanan atas asik denyut denyut je.
ko tahu tak kenapa?
entah aku pun tak tahu.
ko pernah rasa sakit?
sakit ape?
sakit hati .
sakit hati yang macam mane tu?
entah malas nak jawab yang macam mane,tpi sakit lah jugak kene tikam haritu.

*ko tahu ape aku cube sampaikan ?*

semoga........

Kalau tak mampu mencintai,
jangan pernah sentuh hati seseorang..

Kalau tak mampu setia,
jangan pernah mengukir janji...

Kalau tak mampu menggenggam hubungan,
jangan pernah beri harapan...

Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti,
terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan--

semoga tabah kepada orang orang yang kecewa sebab cinta :/

Saturday 26 October 2013

Loser

Akhirnyaa
aku dah tewas,
hubungan,
cinta,
dan semua yang aku rasa pernah gembira dulu
hilang sekelip mata.

Orang yang betul betul nak aku ,
aku tolak,
tolak,
dan tolak.

Ahhhh
mungkin aku dah buta
bodoh,
tuli,
pekak,
dan sewaktu dengannya.

ape yang kau cari cari dalam hidup kau byla--
kata kawan aku--

entah aku rasa aku dah terlepas pandang.~


Akulah gadis bodoh sekali dalam dunia .
SEKIAN--




Monday 21 October 2013

being fooled by loved

Seronok hancur lumatkan
Hati aku yang sedia retak?

Terima kasih.
Kerana torehkan memori celaka
Dalam hidup aku.

Dunia dimensi sudah kosong
Aku hilang daya berdiri
Mati.

"Trust is like a glass,once broken it will never be the same again.
did you know what i mean?hrmm wtever la. 

Sunday 20 October 2013

tentang....

Mulanya..
Aku ingin bersama-sama nya,
ketika tunas ini tumbuh,
serupa tubuh yang mengakar,

setiap nafas yang terhembus,
adalah kata,
anganmu,suara,dan emosi,
bersatu dalam dubah
terpautan,

tangan kita terikat,
lidah kita menyatu,
maka setiap apa terucap
adalah sabda pelita anganku,

berehat di pasir,
lalu debu, hanya angin meniup saja.
lalu tebang tidak ada,

tapi kita tetap menari,
menari ..
hanya kita yang tahu,

Jiwa ini tandus,
maka duduk saja,
dan akan kita bawa,

semua kerana
kita adalah satu...

Saturday 19 October 2013

Try and Error










Hope and faith.
Karma and revenge.
Bitter or sweet.
Chances and forgiveness.

It might be both as it might be true. The truth is ugly. The reality is funny. I'm being too nice in this cruel life. Tarik nafas lepas.hrmmmmm. Mungkin  orang yang kita suka mungkin tak suka kita, tapi orang yang suka kita mungkin boleh jaga kita. So now I'd like to give myself permission to be loved.


"You have to kiss many toads and frogs to find your prince charming"

Friday 18 October 2013

Dengki

Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.

Kadang-kadang kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka satu tika dulu, tak perlulah terus-terusan. Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak kongsi. Semua nak beri. Eh dah bila tak berkawan, dikatanya mencuri.

Kau kaya, aku miskin, kau masih dengki,
Kau wangi, aku busuk, kau masih dengki.
Kau cantik, aku buruk, kau masih dengki.
Kau bijak, aku bodoh pun kau masih dengki.

Kalau ada segalanya dalam dunia kenapa masih dengki?

Mungkin cermin tu dah ada. Cuma tak cukup besar.
Sebab badan lagi besar dari cermin gamaknya.

Maka sedar diri --

Thursday 17 October 2013

Lepas

Sederhana, tanpa cuba.

Senyum, ibarat semua masalah terhumban dalam neraka.
Satu senyum yang buat seluruh gundah hilang serta merta.
Senyum is one of good deeds you know.
Grab the moment, not the person.

Cinta tu kan melepaskan?

I am a fire. All I need is a plain water.
Aku suka cara kita yang begini,
 tetaplah, jangan pergi.

Wednesday 16 October 2013

sempurnakah....

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik,
Itu bukan pilihan
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

dengan cara yang sempurna--

Salam AidilAdha yg semalam.....

Salam Aidil Adha buat semua umat islam.
Semoga amalan dan pengorbanan yang kita
 lakukan selama ini di berkati oleh Allah S.W.T. Amin

mohon maaf jika ada salah dan silapku selama ini :)

Tuesday 15 October 2013

22 Ciri orang yang Mencintai Kamu..

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terhensem walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.(boyot)

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’mornink mucukk’, ’have fun’, ’nite ayang’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, krn dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”. 

6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, krna saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. krn saat bersamamu tidak selalu terulang.

7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. krn dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia suka.

9.Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu .krna dia WORRIED tentang kamu, peduli tentang kamu. 

10. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

11. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia sdng memikirkn topik utk bcakap lbh lma dgn kamu

12.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 

13.Jika suatu saat kamu harus OUTSTATION ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu jgn NOTY yg mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar- benar takut kehilangan kamu. 

14. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti WIFE daripada seperti seorang kekasih. 

15. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang merimaskan, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf "im sori if I miss u" 

17. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira krna dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu. 

18.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan rokok-rokok kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya

19. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.(its hurt me so much)

20.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu krn sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 

21. Orang mcintai kamu,sebolehnya x mahu membebani kamu walau hatinya meronta ingin bsama kamu,Disaat kau pinta dia pergi,dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu krn die benar2 mengerti apa itu cinta.

22.Dan org yg mncintai kamu tiada yg lain selain aku..

Wednesday 9 October 2013

Tak Terbanding

Mentari yang terbenam itu berkecil hati sama engkau
pelangi di remang hujan juga menunduk wajahnya segan
rangup dedaun di rimba semakin menjadi sangat lemau
bayu gemalai yang harus berinang sudah reti mengenggam.

Sayap kejora langsung tidak mengindahkan malam likat
ciuman air kali terasa sangat biasa-biasa dan hambar
paruh siulan cakrawala menjadi bunyi yang begitu sarat
kejelitaan alam kini sekadar satu biasan,satu gambar.

Mereka sedang malu kerana terpandang ketepatan rasa ini
yang cuba dipupuk dengan wujudnya setiap mereka itu
kerana cukup sekadar mata yang memandangku suci
tak terbanding sempurnanya sama rasa yang kau beri aku.

selamat malam wahai hati suci~~