Saturday 28 September 2013

Aku sedang mematikan hati.

nyaris reput ia,
sudah hampir kepunahan.
berkecamuk rasa jiwa.
tak kalih menahan.

berbaris soal tercipta,
tertitah langsung keporakan.
mau dibunuh segala.
biar tak berhati si badan.

sudah pun bernyanyi sepi.
aku bisa rasa girang.
aku sedang mematikan hati.
lalu kau datang.

Monday 16 September 2013

Selamat datang semester yg ke 5.

sem lepas :)

Tengah hari nanti aku pulang ke melaka. 
bermakna...
masuklah semester yang ke 5.sekejap masa berlalu,
rasa macam baru semalam aku masuk belajar.
semoga semester baru ni aku akan lebih fokus*harap harap la :D

Oh sebenarnye, malam ni tiba tiba hati jadi sebak,
aku tak tahu kenapa rasa sedih semua ada, 
tolonglah jangan datang lagi wahai sang kesedihan, 
perit rasanya, 
Aku kene sedar semua ini hanya ujian yang sementara,
banyak lagi yang mahu aku capai,
cita-citaku~~




with zieqa :)

with nana :)

with qiela :)

smile*

*xoxo*

Semoga persahabatan ni kekal
Wahai hati, kekalkan perasaan mereka bersama dengan yang tersayang,
bersama pasangan mereka masing-masing.
pesanan ni buat teman-temanku yang sedang bahagia, semoga kekal bahagianya.


Selamat malam,
buat si pemendam rasa,
yang menunggu masa,
walau tak dibalas,
tapi tak pernah putus asa~~

Sunday 15 September 2013

Embrassed .

Kau masih berpaut pada jarinya,
sedang aku mengendong jiwamu,
ketika aku memahat namamu.

Kau masih terpateri pada matanya,
sedang aku memerap cintaku,
ketika aku mencanting pujaku.

Kau masih bertaut pada hatinya
sedang aku membakar nyawaku,
ketika aku menerang gelitamu.

Aku masih berharap pada yang tiada,
sedang engkau menadah kasihnya,
ketika engkau menjaja padanya.

memalukan..
cukup memalukan.

If you are in this situation, siapa yang memalukan: kamu yang menunggu, si dia yang buta dan tidak sedar betapa besarnya jiwa kamu ~~


ada apa dengan masa lalu

baru kusedar betapa payahnya menjadi orang,
untuk mengenali isi hati sesorang,
bukan mudah.

bukan sekadar ayat yang mampu menyenangkan hatinya,
tapi juga perasaannya,
bila mana jiwa nya seperti tiada,

jangan lah di sebut tentang masa lalunya,
mungkin payah untuk dia melupakannya,
seperti diri kita,

susah nak lupakan orang orang yang pernah bertahkta di hati kita,
orang yang pernah menjaga hati kita ,
tapi, dengan cepat itu semua hancur,
bilamana terlalu banyak kenangan yang tak mampu dilupakan

walaupun kita ada kehidupan baru,
kekadang kenangan lalu bermain di fikiran,
tetapi cuma
sekejap..

mungkin terlalu susah untuk kau lupakan masa lalu kau, senyumlah dan buka hatimu supaya dapat menerima apa yang telah berlalu, for someone who always remember his past life.~~


meskipun walau

apalah makna,
apalah erti

meski tangan merangkul bayu dermaga,
walau mata mencium kaki langit di sini,

andai kau tiada,
andai kau mengerti.

just realized,sometime,in short words, i said everthing~~


Sunday 1 September 2013

Pesan buat si gadis ranap ..

terhinggar gelak kejam malam,
lalu kau berlari mencari selimut,
kekehnya terlalu menghiris tajam,
dan kau terjerit-jerit mahu kabut.

sang bintang sedang mengunyahmu,
kau melaung pedih mengharap belas,
bulan juga sudah mengasah kuku,
hendak meratah jiwa kamu yang keras.

kuat apa lagi,hei anak yang tongong?
takkan faham semesta ini,cinta kamu,
sudah-sudahlah bertopeng duyung,
engkau kerapu hodoh yang tak dimahu.


selamat tidur, sang gadis.
semoga esok kau tidak bangit.



berapa lama mahu ranap?