Thursday 15 November 2012

perlu ke tak tolak jauh jauh atau simpan.?

Hi,

comel kan panda ni .

Bila berbicara soal hati, ia lebih kepada perkara subjektif. Susah nak tahu apa sebenar isi hati seseorang apatah lagi tentang perasaan.
Kadang-kadang kita sangat sayangkan dia, tapi kita terpaksa lepaskan dia kerana sebab tertentu. Kadang-kadang ungkapkan kata sayang saja tak cukup jika tiada kesungguhan untuk memilikinya.
Kadang-kadang keinginan untuk memiliki pula terpaksa dilupakan atas sebab-sebab yang mungkin membuatkan kita terpaksa melupakan perasaan sayang itu.
Segala-galanya telah diaturkan.
"Mungkin bukan rezeki kita"

bahagia dan gembira macam ni yang semua orang idamkan am i aitee?

Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk di ceritakan dengan kata kata dan nukilan . kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakapan dada .Dan kekadang boleh membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah seseorang itu.
Walau dimana kita berada tika kini , pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah kita harungi . rindu tidak dapat di halang dengan apa cara pun.
Kadang rindu datang dalam kita sedar . Tersenyum kita sendirian Dan kadang kita merindu dalam amarah , menangis kita dalam diam . membara di dalam.

Rindu tidak berertinya kita cinta , Tapi selalunya cinta pasti ada rindu .

Rindu itu amat jelas pada hati ini . sedang kita punya rasa untuk dakap semua kenangan lalu ,sedang kita masih lagi di dalam asyik yang tak sudah sudah akan kenangan lalu. Kenangan bersama dulu kembali teruja ,di saat sama sama meningkat alam dewasa , susah bersama, saling berkongsi cerita ,Dan kini sudah berubah  kerana dengan dunia masing masing. 

Kita jadi layang layang , biar angin bawa kita terbang , kita jadi deruan ombak , biar pantai jadi tempat bertemu ,Lebih baik kita jadi kamu dan aku , biar hati yang menyatu .

Pernahkah kita terfikir dan terlintas di fikiran kita, ramai orang yang kita rindu sebenarnya , ada kala kita rindu pada keluarga , ada kala kita rindu pada teman seperjuangan . Tapi sering kita pada sang pemuja hati, amat damai rasa bila rindu pada yang kasih .


Kadang kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai , dan yang kita suka.
Ingin saja kita luahkan dan menggambarkan dengan perasaan yang membuak buak. dalam erti memberitahu dengan sms atau call . Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa . Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan .Amat menyakitkan merindui pada yang tak sudi .
Rindukan wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah . Didalam keresahan , Di dalam kesunyian . Dan amat rindukan kenagan yang dulu rindukan senyuman yang hadir  dan macam macam lagi .

Kerana rindu itu adalah satu kiasan pada kisah cerita cinta yang masih bersisa.dan yang pasti rindu itu sama , kenangan lalu itu sama, tapi tak mungkin berulang ,kerana masa telah berlalu .

Pernahkah kamu merasakan rindu yang amat kuat pada seseorang hinggakan air mata hampir mengalir dan di dalam jauh sudut hati merasakan amat memerlukan seseorang itu berada di sisi ?? hrmm aku pernah :)  mungkin cerita cerita dulu boleh jadi pengajaran untuk kita kut. hehe 



dan tersenyumlah saat kamu mengingatku, kerana saat itu aku sangat merindukan kamu dan menangislah saat kamu merindukanku , kerana saat itu aku tidak lagi ada di sampingmu. dan jangan lah di saat itu kamu menyesal :( 

 # haaa aku pun x tau kenapa aku update pasal entry macam ni. act aku sedih.. kawan kawan aku pun sedih .   apalah kan . ala ni pun lepas aku baca satu artikel hiwhiw. aku nak taip pon geli. yek ! nanti orang baca 
    haha.hrm aku taip taip ni pun sedih , dah la kbai !





No comments:

Post a Comment